
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Farah hari ini?Hari ini kamu semua sihat?Haha, harap2 sihatlah , dirahmati Allah tuhan sekalian alam ini^^
Sebenarnya Farah agak kebosanan kali ini. Yalah baru makan, study, facebooking gitu sehingga tiada idea nak buat apa sudah (haha!). Tadi bila study Biology, tajuk Reproduction and Growth sering bermain di fikiran. Bukan apa(jangan fikir bukan2!) tapi disebabkan baru ajar topik itu dekat budak2 form 3 di SERATAS. Bukan tu saja, tapi disebabkan fikir, betapa kompleksnya kejadian manusia dari air mani dan ovum bertemu, membentuk zygote,embryo, foetus dan ditiupkan rohnya jadi kita.Hebatkan??Tapi masa study tadi,malangnya ada ter 'ponteng minda sekejap( maaf Pn Rahimah! Tak sengaja!) terkenang juga masa sekolah, rindu masa baca Al-Quran sementara tunggu azan maghrib, baca Al-Mathurat dengan budak2 junior( rindu sangat dekat kamu semua!! ), dengar budak2 laki berzikir melaungkan nama2 suci yang Maha Esa dan memuji2 kekasihNya. Ting ting ting!!Terus Farah dapat idea!Apa kata kita bincangkan keajaiban ciptaan Allah yang satu ini diyakini diri kita sendiri dan dikaitkan dengan mukjizat Al-Quran kitab yang terpelihara ini. Amacam??
glitter-graphics.com
Pelik pelik pelik...Kenapa orang Barat susah sangat nak terima kaitan sains dan agama ya?? Pelik memang pelik...

Hai, itula jadinya kalau orang yang sudah berpegang pada kitab suci yang sudah diubah.Nak tahu tak kisah Nabi Adam dan pohon terlarang makan buahnya??Ikut agama kita yang benar(agama Islam) Nabi Adam dan Hawa diharam makan buahnya namun apakan daya sudah ditentukan oleh Allah swt, mereka terpedaya dengan godaan syaitan yang terlaknat dan memakannya jua, menyebabkan pakaian mereka hilang dan mereka diturunkan ke bumi, di mana kita berpijak tanahnya sekarang... Lain pula dengan agama Kristian, Nabi Adam memakan buah dari Pokok Ilmu, dan kerananya baginda mendapat ilmu yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini. Inilah yang menjadi punca original sins, dan kerana inilah Tuhan murka dan tidak mahu ampunkannya. Oleh sebab itu, pihak gereja menganggap ilmu sains itu sebagai satu yang patut dijauhi kerna yakin bahawa kerana ilmulah Nabi Adam dimurkai tuhan...
Ish3, kesiannya. Tetapi kenapa sekarang nampaknya mereka yang kuasai bidang ilmu ya??

Senang saja, ini semua kerana golongan free-thinkersdan ahli sains berjaya kekang kuasa gereja, dan ambil kesempatan untuk meneroka ilmu sains..Dan kerana itulah golongan Barat agak sukar untuk menerima Islam yang sememangnya mementingkan ilmu.
Wah, gitu rupanya...Tapi, ada tak yang bersependapat dengan Islam??Ada tak yang terima Islam dan Al-Quran??

Ada saja.Banyak sarjana Brat tak kira bidang bersependapat dengan Islam, lebih2 lagi lepas mengkaji Al-Quran. Salah satunya adalah Dr Joe Leigh Simpson, seorang Pengerusi Jabatan Kajian Janin, dan juga professor bidang molekul dan Genetik Manusia di Kolej Perubatan Baylor,Houston, Amerika Syarikat.Beliau sendiri mengesahkan ayat-ayat Al-Quran mengenai perkembangan janin. Bukankah Al-Quran ada menyatakan tentang pembentukan kromosom, perwarisan yang berlaku selepas pertemuan antara sperma@air mani dan telur@ovum??Bukan itu saja, malah peringkat2 dalam pembentukan janin turut diceritakan dan dijelaskan dalam kitab mukjizat itu?? Tak percaya??Ini buktinya...
“Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya? (Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah?- Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk menjadi bertanggungjawab”.
(Surah Abasa,80 ayat 17-19)
Ketika 40 hari dalam kandungan,semua anggota badan boleh dilihat terbentuk secara berperingkat dan kelihatan janin berpusing, serta organ2 jelas dilihat. Nabi Muhammad sendiri pernah menceritakan ini sendiri.
Sabdanya:“Untuk setiap kamu, bahagian-bahagian tubuh kamu dibentuk di dalam rahim ibu kamu dalam masa 40 hari” (Riwayat Sahih Muslim dan Al-Bukhari).
Sabdanya lagi dalam hadis lain :“Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang. Kemudian dia akan bertanya, “Ya Allah, adakah ia lelaki atau perempuan?” dan Allah akan menentukan jantinanya sebagaimana yang Dia suka”(Riwayat Muslim).
Proffesor Simpson telah mengkaji dua hadis ini dengan tekun dan berdasarkan Al-Quran dan mendapati bahwa pada 40 hari pertama memang nampak sebagaimana dinyatakan dalam hadis baginda itu.Beliau sendiri begitu takjub dengan perkara ini dan menyatakannya dalam sebuah persidangan yang dihadiri oleh proffesor lain. Seperti proffesor yang menghadiri ketika itu telah membuat satu kesimpulan, tidak mungkin hadis ini disabdakan baginda ketika zamannya yang berdasarkan pengetahuan ilmu sains ketika itu.
Kini, Proffesor Simpson telah memeluk Islam kerana kajian ini dan mendakwa bahawa agama boleh memandu usaha kita dalam meneroka bidang ilmu. Katanya "Justeru, saya berpendapat bukan hanya tiada percanggahan antara fakta genetik dan agama, tetapi lebih dari itu agama boleh memandu sains dengan adanya wahyu-wahyu Tuhan yang boleh menolong dalam pengkajian sains. Memang ada ayat-ayat al-Quran yang terbukti benar oleh penemuan sains. Ini membuktikan ilmu di dalam al-Quran itu datangnya dari Allah."

glitter-graphics.com
Konklusinya...
Umat Islam zaman kini perlulah berusaha untuk meneroka bidang ilmu sebagaimana golongan Barat telah kuat usahakan selama ini. Bukan sahaja kerana kita ada Al-Quran yang sesuai diamalkan isinya sepanjang zaman kerana terpelihara tetapi kita mempunyai kelebihan untuk menggunakannya ke jalan yang baik. Cuba renung2kan diri,
@)Adakah Al-Quran ini mampu ditulis oleh Nabi Muhammad saw yang buta huruf dan tidak banyak ilmu sainsnya ataupun ditulis oleh sesuatu yang bukan manusia ketika itu yang mempunyai pengetahuan yang lebih luas berbanding manusia??
@)Adakah ia hanya kebetulan bahwa ilmu sains yang baru ditemui dapat ditemui isinya dalam Al-Quran yang sudah berkurun lamanya??
Sekiranya kerajaan Islam Madinah mampu membangun, kerajaan Khulafa' Ar-Rasydin mampu meningkatkan kegemilangan, kerajaan Uthmaniyah menjadi kerajaan yang gemilang, kerajaan Abbasiyah mampu memangkin kebangkitan zaman Renaissance di Eropah, mengapa umat Islam kini tidak mampu membangun.Ingatlah, umat Islam kuat, kita mampu membangun.Rasullah telah meninggalkan dua perkara sebagai penggantinya iaitu Al-Quran dan sunnah. Jadi mengapa kita tidak manfaat kedua2nya untuk mencapai kegemilangan seperti dahulu kala??Sampai sini sahaja.Wassalam. :)-:D farahaqilahdaiki :D-:)
1 Ikrar, 1 Hati, 1 Destinasi sentiasa tersemat di hati



No comments:
Post a Comment