
Assalamualaikum... Letih rasanya lepas perjalanan balik kampung dan pergi kenduri ni...Sampai saja rumah saudara terus baring, rasa nak pitam mula nak menjelma(haha!).Masa baring2 tu teringat kata2 saudara tadi. Farah nampak lainlah, matanglah ( tapi perangai ish3 nak kalahkan budak kecil hehe), macam2 lagilah.Teringat kembali zaman kecil2 dulu. Haha nak cakap pasal masa kecil2 ni, jom sama2 kita renungkan apa yang telah kita buat masa kecil2.Jom2!!
Ingat lagi kenangan masa kecil dulu2, main2 tepi pantai dengan sepupu.Pabila Farah dengan sepupu masa dulu, buasnya tak terkata. Ingat lagi dulu2, mandi tepi pantai sampai hampir setiap hari, petang2 jer terus pergi. Main kejar2 dengan lembu(duduk kampung, aktiviti biasa bagiku hehe!).Apa2pun yang paling ingat sekali kenangan dengan arwah tok ma, bila diingat balik sebab arwahlah aku jadi macam sekarang.
Dia yang kata "Farah, maksud nama farah gembira tau, jadi kenalah selalu gembira, dan pandai gembirakan orang lain.Aqilah tu pula bijaksana, maknanya cucu tokma ni pandai. Pandai dalam semua segi, jadi Farah kena tolong keluarga bila dah jadi orang pandai-pandai besar nanti."
Tapi aku pula jawab dengan jawapan nakal( habis kena angkat masuk dalam bilik lepas tu :P) " Jadi, kalau Farah pandai dalam semua segi, jadi bolehlah Farah pandai dalam mencuri, membunuh semua perkara jahat camtu. Boleh tolong papa dengan mummy macam tukan?"
Hai, lepas tu memang kena marah dengan arwah. Tapi bila fikir balik rasa nak tergelak pun ada.Yalah, salah sendiri juga jawab macam tukan?? Hai, sabar sajalah semua orang dengan perangai aku dahulu. Entah-entah sampai sekarang pun tak berubah, lagi susah kalau gitu!
Kesimpulannya, aku di sini bukan untuk saja berceloteh, tetapi ingin mengingatkan betullah kata2 orang tua hendak melentur buluh biar sampai ke rebungnya. Kerna sebenarnya yang mempengaruhi sedikit sebanyak diriku kini adalah apa yang mummy, papa, ayah long, long, dan paling tidak dilupai arwah terapkan( cuma mungkin perangai kebudak-budakan tu yang susah untuk diubah sampai sekarang..Entahlah, belum tiba masanya lagi kut nak matang, meskipun umur 17 tahun).Oleh itu, ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih untuk Allahswt(1st priority!!) semua warga keluarga, sahabat,guru, musuh(yalah, mereka mematangkan hidupku, kenalah pandang semuanya sebagai positifkan??;))...sampai sinisajalah, ingat, sentiasa berterima kasih serta merenung masa silam untuk memperbaiki diri sendiri pada waktu sekarang demi masa depan yang diredhaiNya ^^ -=___=-farahaqilahdaiki -=___=-

Thank You Graphic Comments
Untuk semua orang yang amat kuhargai....Sayang semuanya!!<3<3<3

Myspace Cute Graphics



No comments:
Post a Comment